Pada 6 November 2012, Android menyambut hari ulang tahun keenam. Android diperkenalkan ke mata dunia buat pertama kali pada 6 November 2007 dalam versi Beta, pembangunannya di jalankan di bawah Open Handset Alliance. Android 1.0 diperkenalkan pada 23 September 2008 menampilkan HTC Dream sebagai peranti pertama yang menggunakannya. Android 2.0 diperkenalkan pada 26 Oktober 2009 menampikan Motorola Droid sebagai peranti pertama yang menggunakannya. Seterusnya, Google memperkenalkan Android 2.3 Gingerbread dengan menampilkan Google Nexus S sebagai peranti yang menggunakan sistem operasi itu – akhirnya Gingerbread menjadi versi Android yang paling banyak digunakan hingga ke hari ini. Android 3.0 Honeycomb diperkenalkan pada 22 Februari 2011, Motorola Xoom menjadi peranti pertama dimuatkan dengannya.
Android 4.0 diperkenalkan pada 19 Oktober 2011 menampilkan Samsung Galaxy Nexus sebagai peranti pertama menggunakan versi tersebut. Kegemilangan Android terus menerus menyerlah apabila Google memperkenalkan Android 41 Jelly Bean pada 9 Julai 2012 menampilkan Nexus 7, seterusnya menampilkan Android 4.2 di dalam telefon pintar LG Nexus 4. Android akan ditambahbaik dari semasa ke semasa demi memberi yang terbaik, walaupun Apple cuba menghalang menggunakan kuasa undang-undang namun satu hari nanti Android akan mengatasi prestasi peranti Apple dari segi jualan, sambutan, populariti juga kepenggunaan
*kredit to iAwani
No comments:
Post a Comment