Bidang Multimedia kini melangkau setapak kehadapan dengan pengenalan dan aplikasi immersif dalam pembangunan multimedia.
Multimedia immersif kini menjadi pilihan ramai untuk lebih merasai teknologi pengkomputeran
antara bidang yang telah menggunakan teknologi immersive ialah bidang perubatan, pembuatan, pendidikan, permainan dan sebagainya.Konsep teknologi immersif ialah berteraskan kepada imej maya 3D dan 4D.
Teknologi immersif dan realiti maya amat berkuasa di mana manusia boleh berinteraksi dengan komputer melalui antaramuka dalam menghasilkan persekitaran yang melibatkan peniruan cara kehidupan sebenar.
Walaupun aplikasinya diketahui lebih menjurus dalam industri hiburan, keupayaan sebenarnya terletak dalam bidang-bidang perubatan, sains, kejuruteraan, penerokaan dan carigali minyak, pemaparan data dan untuk kegunaan ketenteraan.
Gambar menunjukkan pihak Microsoft sedang mengusahakan teknologi baru dalam immersif multimedia.
Teknologi ini akan di implimentasikan di dalam bidang permainan komputer.
Ini juga antara contoh aplikasi immersive multimedia diterapkan didalam permainan komputer
Dalam bidang perniagaan pula, teknologi ini digunapakai ketika pelanggan cuba untuk menggunakan sesuatu kenderaan berat atau kapal terbang. Pelanggan hanya perlu membawa kenderaan tersebut secara maya sahaja untuk merasai teknologi yang ada pada kenderaan tersebut.
Teknologi 3D dan teknologi immersif menjadi semakin bersepadu dan boleh didapati untuk berbagai jenis penggunaan. Ia memerlukan rekabentuk antaramuka yang baik serta kandungan yang inovatif dalam penghasilan permainan komputer generasi akan datang dan penggunaan teknologi bersepadu seperti dalam alat-alat mudah-alih, sistem-sistem agihan jaringan dan aplikasi-aplikasi komputer meja.
No comments:
Post a Comment